Pertandingan futsal antara guru-guru Sandakan telah berlangsung di gelanggang futsal bt.4. Lebih 20 pasukan yang terdiri daripada sekolah dan gabungan sekolah-sekolah telah menyertainya.
Smk Muhibbah juga turut serta dan diberi status pilihan untuk ke perlawanan akhir. Alhamdullillah, misi kita berjaya untuk sampai ke peringkat akhir namun nasib tidak menyebelahi kerana tewas dalam penentuan sepakan penalti di antara kita dengan SM Teknik.
Syabas diucapkan kepada kedua-dua pasukan kerana telah mempamerkan permainan yang cemerlang dan menarik untuk disaksikan. Malangnya, video perlawanan akhir tidak dapat dirakam kerana masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.